Pages

Nov 7, 2011

IBADAT HAJI DAN UMRH

# dapatkan gambar-gambar dan peta sekitar Makkah, Arafah, Mina, Muzdalifah dan Madinah di sini
# Lagi video ibadah Haji di sini
@ Download powerpoint haji_dan umrah di sini  
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Dosa di antara dua umrah akan terhapus dan Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Nasaie, Ahmad, Ibnu Majah dan Malik
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْحُجَّاجُ وَالْعُمَّارُ وَفْدُ اللَّهِ إِنْ دَعَوْهُ أَجَابَهُمْ وَإِنْ اسْتَغْفَرُوهُ غَفَرَ لَهُمْ
Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan.  Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّةُ
Dari Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda : Turutilah kerja haji dgn ibadah umrah, sesungguhnya kedua-duanya akan menghalang kamu drp kepapaan dan dosa, sebagaimana hembusan api menghilangkan segala kekotoran besi, perak dan emas. Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. Riwayat Turmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad
عَنْ عَلِيٍّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَلَكَ زَادًا وَرَاحِلَةً تُبَلِّغُهُ إِلَى بَيْتِ اللَّهِ وَلَمْ يَحُجَّ فَلَا عَلَيْهِ أَنْ يَمُوتَ يَهُودِيًّا أَوْ نَصْرَانِيًّا وَذَلِكَ أَنَّ اللَّهَ يَقُولُ فِي كِتَابِهِ
{ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }
Dari Ali, Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi tidak mahu mengerjakan haji, maka bolehlah dia memilih untuk mati secara Yahudi atau Nasrani ini kerana  Allah telah berfirman dalam kitabnya .... Riwayat Turmizi
{ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }
Pengertian Haji
Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.
Umrah ialah menziarahi Kaabah pada bila-bila masa untuk mengerjakan tawaf, saie dan bercukur mengikut syarat-syarat yang tertentu.
 Syarat wajib haji dan umrah:
 (a) Islam tidak wajib ke atas orang kafir.
(b) Berakal  tidak wajib ke atas orang gila.
(c) Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
(d) Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
(e) Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.
 2.  Dalil wajib haji ke atas orang yang berkemampuan. Firman Allah S.WT.
 Maksudnya:  Dan mengerjakan haji itu wajib atas manusia kerana Allah, bagi mereka yang berkemampuan mengadakan perjalanan ke Baitullah.
 3. Maksud istitaah @ berkemampuan:
(a) terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan.
(b) mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
(c) mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
(d) ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
(e) bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya.

RUKUN HAJI

 
Rukun haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan dalam ibadah haji. Jika tertinggal salah satu drpnya, maka tidak sah hajinya dan wajib diganti pada tahun hadapan.
 Rukun haji ialah :
 1. Niat Ihram haji
Video  : Pakai ihram - download percuma di www.islamweb.net dlm English dan Arab
 
2. Wukuf di Arafah
     Berhenti seketika di Arafah antara waktu gelincir matahari (Zohor) 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.
   
   
   
     
3.  Tawaf di Baitullah
      Download percuma Kaabah, Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan proses Haji & Umrah dalam video visual 3D di www.3dkabah.com

 
Tawaf bermaksud mengelilingi Baitullahil­Haram sebanyak tujuh pusingan kerana beribadat kepada Allah S.W.T. mengikut syarat-syarat yang tertentu.
Amalan tersebut menyamai amalan malaikat yang mengelilingi Arasy Allah S.W.T. dan bertasbih memuji kebesaran­Nya.
Tawaf terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
(a)                Tawaf Qudum; iaitu Tawaf Selamat Datang ke Makkah yang dilakukan oleh mereka yang mengerjakan haji secara ifrad;
(b)                Tawaf Ifadah, iaitu Tawaf Rukun yang wajib dilakukan dalam ibadat haji atau umrah;
(c)                Tawaf Widak, iaitu Tawaf Selamat Tinggal bagi jemaah haji yang hendak meninggalkan Makkah;
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
كَانَ النَّاسُ يَنْصَرِفُونَ فِي كُلِّ وَجْهٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَنْفِرَنَّ أَحَدٌ حَتَّى يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِ بِالْبَيْتِ
Dari Ibnu Abbas ra., ia berkata: Orang-orang (yang melaksanakan ibadah haji) bertebaran untuk kembali ke tempat masing-masing, lalu Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada seorang pun yang meninggalkan Baitullah sebelum mengakhiri dengan bertawaf di Baitullah. Hadis Riwayat Muslim.
(d)                Tawaf Sunat, iaitu ketika jemaah haji menziarahi Masjidil-Haram.
 Syarat-syarat sah tawaf ialah:
(a)     niat kerana Allah semata-mata bukan kerana tujuan lain
(b)     suci drp hadas kecil dan besar serta dari sebarang najis
(c)     sentiasa mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan
(d)  menutup aurat 
(e)     tawaf di dlm masjid dan di luar Kaabah tujuh kali pusingan dengan yakin
(f)  bermula dari sudut Hajar Aswad.
4.   Saie
 


 
 
   
   
   
   
Berjalan (berlari anak) dari Safa ke Marwah berjalan (berlari anak) dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali
Syarat-syarat Saie ;
a)     Dilakukan selepas Tawaf Rukun/Qudum
b)     Bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah
c)      Cukup 7 kali dengan yakin iaitu dikira sekali dari Safa ke Marwah dan sekali drp Marwah ke Safa
d)     Hendaklah sampai ke penghujung tempat Saie di Safa dan Marwah
e)     Hendaklah Saie di Batnu Wadi (tempat yang telah ditetapkan)
(f)   Hendaklah saie semata-mata kerana Allah, bukan tujuan yang lain
5.   Bercukur
Mengunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut

Waktu bercukur adalah ;
a) selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijah atau
b) selepas Tawaf dan Saie jika jemaah haji memilih terus ke Mekah

6.  Tertib
Rukun-rukun haji hendaklah dilakukan mengikut susunan tetapi bercukur boleh dikerjakan sebelum tawaf bagi orang yang melakukan tahalul awal.
Contoh ikut tertib - selepas Wukuf, terus bermalam di Muzdalifah. Kemudian terus kembali ke Mekah. Sampai di Mekah, dia akan tawaf, saie dan bercukur. Kemudian baru ke Mina utk ibadah melontar.
Contoh tak ikut tertib - selepas Wukuf, terus bermalam di Muzdalifah. Biasanya rombongan haji Malaysia akan terus ke Mina utk melontar di Jamratul Aqabah 10 zulhijjah dan bermalam di Mina dan melontar jamrah pada 11-13 zulhijjah. Selepas melontar di Jamrah Aqabah pada 10 zulhijjah, maka dia boleh bercukur... selepas selesai amalan melontar/bermalam di Mina, balik ke Mekah, barulah mengerjakan tawaf dan saie.

WAJIB HAJI

 Wajib haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan haji. Jika di­tinggalkan salah satu daripadanya, haji seseorang itu sah tetapi diwajibkan membayar denda (dam).
Perkara wajib haji ialah:

1. Niat ihram di Miqat
(i) Wajib berniat mengerjakan haji atau umrah di Miqat.
(ii) Jika berniat di tempat lain daripada miqat yang ditentukan masih dihukumkan sah hajinya tetapi dikenakan denda kerana tidak berniat di Miqat.
Miqat ialah sempadan masa dan tempat bagi memulakan ibadat haji.
Miqat terbahagi kepada dua, iaitu:
      a) miqat makani;
     
b)  miqat zamani.
 Miqat zamani bagi ibadat haji ialah pada bulan Syawal hingga 10 Zulhijrah sementara Miqat zamani bagi umrah ialah sepanjang tahun.
Miqat makani bagi ibadat haji ialah:
 a)     bagi jemaah haji yang datang dari arah timur spt penduduk Najd dan Kuwait ialah Qarnul Manazil. (94km dari Makkah)
b)     jemaah haji yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah spt dari Yaman dan India ialah di Yalamlam; (54km dari Makkah)
c)      bagi jemaah haji yang datang dari Madinah ialah Zulhulaifah @ Bi’ru Ali (450km dari Makkah)
d)     bagi jemaah haji yang tinggal di Makkah ialah di rumah mereka sendiri;
e)     bagi jemaah haji yang datang dari barat laut spt Syria, Mesir, Maghribi dan Sepanyol  ialah di Juhfah.(187km dari Makkah)
f)        bagi jemaah haji yang datang dari Iraq ialah Zatu lrqin (94km dari Makkah).
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
وَقَّتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَهْلِ الْمَدِينَةِ ذَا الْحُلَيْفَةِ وَلِأَهْلِ الشَّامِ الْجُحْفَةَ وَلِأَهْلِ نَجْدٍ قَرْنَ الْمَنَازِلِ وَلِأَهْلِ الْيَمَنِ يَلَمْلَمَ قَالَ فَهُنَّ لَهُنَّ وَلِمَنْ أَتَى عَلَيْهِنَّ مِنْ غَيْرِ أَهْلِهِنَّ مِمَّنْ أَرَادَ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ فَمَنْ كَانَ دُونَهُنَّ فَمِنْ أَهْلِهِ وَكَذَا فَكَذَلِكَ حَتَّى أَهْلُ مَكَّةَ يُهِلُّونَ مِنْهَا

0 komentar:

Post a Comment